Senin, 14 November 2016

Sinopsis Telemovie Luna Elvira - TV9

Posted by on Senin, 14 November 2016
♥ Assalamualaikum ♥

Sinopsis Telemovie Luna Elvira - TV9




SINOPSIS LUNA ELVIRA
Mengisahkan Luna Elvira, dia seorang gadis yang ceria, walaupun tidak cemerlang di sekolah dia disenangi rakan-rakannya kerana sikapnya yang sutra membantu. Tiada siapa menduga, dengan senyuman manis yang tak lekang di bibir gadis kecil molek ini sebenarnya memendam duka. 

Fizikal dan mentalnya terdera apabila melihat ayahnya iaitu Ammar, seorang pemandu teksi selalu memukul ibunya, Zaleha tanpa belas kasihan. Malahan, Luna dan adiknya juga menjadi mangsa bagi melempiaskan amarah bapanya itu.

Tamat persekolahan, Luna membantu ibunya berniaga nasi lemak. Suatu hari, kedainya dikunjungi oleh jutawan muda yang kacak dan dikenali, Fattah Azim. Pertama kali melihat Luna, hati Fattah Azim telah tertarik. Fattah yang jatuh cinta pandang pertama nekad untuk melamar Luna sebagai isterinya walaupun jarak usia mereka agak berbeza. 

Pada mulanya, bahtera perkahwinan mereka berlayar indah. Fattah bersikap romantis dan dan menyayangi Luna. Namun, masuk tiga bulan usia perkahwinan mereka, Fattah mula menunjukkan belangnya. Fattah sudah mula mengherdik dan memalukan Luna di hadapan rakan-rakannya. 

Pada mulanya, Luna merasakan itu mungkin gurauan Fatah bersama rakan-rakannya. Lama kelamaan, Fattah sudah mula berani memukul Luna hanya kerana dia cemburu dengan Luna yang semakin mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakannya. 

Luna tidak menyangka apa yang menimpa ibunya turut terjadi kepada dirinya. Dia turut menjadi mangsa amarah Fattah Namun di depan khalayak, Fattah menunjukkan yang dia seorang suami penyayang dan bapa yang mithali. 

Kredit Sumber - limausirap.com
logoblog

» Thanks for reading: Sinopsis Telemovie Luna Elvira - TV9

Tidak ada komentar:

Posting Komentar